PLUS umum Hentian Sebelah Serdang (utara), Sungai Buloh (selatan) ditutup mulai 10 Mei untuk naiktaraf

1 week ago 8
PLUS umum Hentian Sebelah Serdang (utara), Sungai Buloh (selatan) ditutup mulai 10 Mei untuk naiktaraf PLUS umum Hentian Sebelah Serdang (utara), Sungai Buloh (selatan) ditutup mulai 10 Mei untuk naiktaraf

Pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengumumkan bahawa pihaknya akan menutup dua hentian sebelah bermula 10 Mei ini hingga tarikh yang akan diberitahu kelak. Dua hentian terbabit ialah Hentian Sebelah Serdang (arah utara) dan Hentian Sebelah Sungai Buloh (arah selatan). Penutupan kedua-dua hentian sebelah itu adalah bagi kelancaran kerja-kerja pembinaan dan penambahbaikan.

Bagi penutupan Hentian Sebelah Sungai Besi di KM306.2, pengguna digalakkan untuk menggunakan kemudahan surau dan tandas di Plaza Tol Sungai Besi atau di hentian seterusnya, ujar PLUS.

Berkenaan dengan penutupan Hentian Sebelah Sungai Buluh di KM454 pula, kemudahan di stesen minyak Petronas, parkir kenderaan berat dan tandas sementara masih beroperasi seperti biasa. “Pengguna digalakkan untuk menggunakan kemudahan surau dan tandas di kawasan berhampiran seperti Restoran Jejantas Sungai Buloh,” kata PLUS lagi.

The station PLUS umum Hentian Sebelah Serdang (utara), Sungai Buloh (selatan) ditutup mulai 10 Mei untuk naiktaraf appeared archetypal connected Paul Tan's Automotive News.

Read Entire Article