Isuzu D-Max 2024 facelift dilancar di M’sia pada 14 Mei

1 week ago 13

Isuzu D-Max 2024 <em>facelift</em> dilancar di M’sia pada 14 Mei

Isuzu D-Max facelift terbaru akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada 14 Mei ini. Ini dikongsikan menerusi laman rasmi Isuzu Malaysia sekaligus mula mengambil pendaftaran bagi mereka yang berminat (ROI) untuk mengetahui lebih lanjut tentang trak pikap tersebut.

Antara pembaharuan yang dilakukan untuk versi terbaru ini ialah rekaan gril depan yang lebih segar, begitu juga dengan rekaan bampar depan yang diberi kelainan di bahagian lampu kabusnya. Selain itu, lampu utama juga diberi bentuk baru dengan menampilkan jalur DRL bentuk baru.

Di belakang, lampunya juga hadir dengan penampilan baru, serta garisan tambahan diberikan di bahagian pintu ruang barangannya. Namun, walaupun bahagian luaran banyak diberikan sentuhan rekaan baru, di dalam D-Max ini masih kekal menggunakan papan pemuka yang sama.

Isuzu D-Max 2024 <em>facelift</em> dilancar di M’sia pada 14 Mei

Untuk pasaran Thailand di mana exemplary ini sudah pun dilancarkan pada Oktober tahun lalu, varian paling tinggi di sana menerima paparan multi-info tujuh-inci yang lebih besar, ada juga paddle shifter, serta ciri ADAS yang turut menghadirkan fungsi AEB, kawalan melayar adaptif, amaran penukaran lorong dan lampu tinggi automatik.

Berdasarkan laman ROI Isuzu Malaysia tersebut, D-Max terbaru ini akan ditawarkan dalam beberapa varian dan konfigurasi sistem janaan kuasa. Ini termasuklah enjin turbodiesel 4JJ3-TCX 3.0 liter empat-silinder sebaris (190 PS/450 Nm) dan juga portion RZ4E-TC 1.9 liter empat-silinder sebaris (150 PS/350 Nm). Pilihan transmisi termasuklah manual dan automatik enam-kelajuan, serta ciri pacuan empat roda adalah modular untuk hampir kesemua varian.

Berikut yang disenaraikan di laman berkenaan:

    Single Cab

  • 1.9L 4×4 MT
  • 3.0L 4×4 MT
  • Standard

  • 1.9L 4×4 MT
  • 1.9L 4×4 AT
  • Auto Plus

  • 1.9L 4×2 AT
  • Premium

  • 1.9L 4×4 AT
  • V-Cross 3.0L 4×4 AT
  • X-Terrain

  • 3.0L 4×4 AT

Perincian lain seperti harga dan spesifikasi masih belum didedahkan sehingga tiba pada hari pelancarannya tak lama lagi.

The station Isuzu D-Max 2024 <em>facelift</em> dilancar di M’sia pada 14 Mei appeared archetypal connected Paul Tan's Automotive News.

Read Entire Article